TENTANG APLIKASI MINDCARE HUB

mindcare

Memperkenalkan Aplikasi "MindCare Hub" @ Mindcare yang direka khusus untuk menangani isu-isu kesihatan mental dalam kalangan murid sekolah menengah. Dalam era digital yang serba pantas ini, remaja sering terdedah kepada pelbagai tekanan seperti akademik, sosial, dan peribadi yang boleh memberi kesan negatif kepada kesejahteraan mental mereka.

Aplikasi "MindCare Hub" ialah sebuah platform inovatif berasaskan STEM (Science, Technology, Engineering and Mathematics education) (Teknologi ICT dan Mudah Alih (Mobile Technology) yang dikuasakan oleh elemen Kecerdasan Buatan (AI) Artificial intelligence. Aplikasi "MindCare Hub" tersedia dalam aplikasi android untuk telefon pintar/tablet android.

MindCare Hub ini bukan sahaja bertujuan untuk membantu murid yang sedang menghadapi masalah kesihatan mental tetapi juga berfungsi sebagai alat pencegahan yang dapat meningkatkan kesedaran dan literasi mental di kalangan pelajar. Melalui pendekatan yang mesra pengguna dan berorientasikan pelajar, "MindCare Hub" berpotensi menjadi rakan penting dalam memastikan kesejahteraan mental generasi muda terjaga.

Oleh itu, "MindCare Hub" hadir sebagai sebuah solusi yang holistik dan mudah diakses untuk membantu murid mengenali dan memahami tahap kesihatan mental mereka.

Aplikasi "MindCare Hub" ini boleh diakses melalui web browser www.mindcarehub.aszsuccess.com

Aplikasi "MindCare Hub" boleh dimuat turun secara percuma di Google Play / Apple Appstore untuk telefon pintar android dan iphone (pada masa akan datang)